BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 24, 2010

RELIEF...


Salam kembali dari Pulau Kapas. ALhamdulillah...aku kembali dengan ketenangan dan kedamaianm minda. Keindahan di dalam hati juga begitu. Aku mengucap syukur kepada Ilahi.

Percutian sambil mengkaji di Pulau Kapas selama 4 ari 3 malam cukup menyeronokkan dan menenangkan hatiku yang gundah. Aku merasa puas. Begitu banyak keagungan Tuhan yang Maha Esa. Pantainya yang tenang, lautnya yang indah, pasir yang memutih, ombak yang menderu, udara yang nyaman tanpa pencemaran, nyiur yang melambai cukup membuatku lupa pada masalah-masalah dan kerja yang betimbun di UKM.

Cintaku pula mula berputik di Pulau Kapas. Aku tersenyum. Ada hikmah juga disebaliknya. Terima kasih ya Allah. Engkau cukup menyedarkan diriku sebagai seorang insan. Ingin lagi aku ke Pulau Kapas atau juga pulau-pulau lain seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Langkawi dan Pulau Sipadan. Insya-Allah. Aku akan merancangnya...


Sunday, February 14, 2010

STRESS

Salam

Dua tiga hari ni, mood tidak menentu. Tidur pulak tonggeng terbalik...pagi tidur,malam berjaga...Pelik.. Sungguh melanggar hukum alam. Anginku kepada seorang insan yang bernama lelaki hari ini sangat dingin. Begitu juga semalam. Ada sesuatu yang tidak menyenangkanku.Asyik berfikir yang bukan-bukan, sampai jadi stress sekarang. Bila dah stress, mulalah makan tak kenyang-kenyang. Macam sekarang, perut yang masih berbunyi gendang...tandanya gastrik sudah mula datang.Huhuhu :(

hm....Apa yang aku fikirkan, adakah DIA? Entahlah. Apa yang aku mahu fikirkan tentang DIA? Pentingkah DIA dalam hidupku? Terselitkah sayang padanya sebagai seorang yang teristimewa? Kenapa payah untuk aku menjawab soalan ini dengan yakin? Ada ketidakpastian di situ.

DIA berjaya membuat aku lupa pada yang dulu. DIA membuatkan aku sedar makna SAYANG..Kadang-kadang, dia buat aku tersepit di tengah-tengah. Benar-benar aku tidak faham apa yang difikirkan. "hati saya pada awak tidak pernah berubah sejak itu hingga sekarang..."itu katanya. Luahannya, cukup mengelirukan kerana aku tidak pasti sayangnya kepadaku sebagai SAHABAT atau seorang PEREMPUAN...

Semalam, dia cuba membuat aku CEMBURU. Sengaja agaknya. Dia tahu aku memang cemburu tapi kenapa? Siapa aku padanya? dia cukup mengenaliku...BIJAK...tapi dia tidak faham rasa yang tersirat dihatiku. Dia gagal. Semalam juga dia menyatakan, dia ingin MENGENALIku. Kenapa? soalku. Kerana aku sahabatnya. That all. Itu sahaja jawabnya.Hahaha... Satu soalan yang buat aku paling terasa bila aku menanyakan DENGAN YAKIN sama ada dia sayang aku atau tidak? (dalam nada gurauan). Dia jawab dengan selamba "TAK TAHU" Aku ketawakan diri sendiri. Malunya.....

Aku "perasan"...tapi tak lama, aku sedar kembali. Aku cuba ingati bait-bait katanya "sayang kepada seseorang dan senang dengannya tidak bermakna dia layak dijadikan teman hidup" ...Itu yang aku fikirkan sekarang agaknya. Aku tidak ingin mencipta harapan dan juga tidak ingin dilukakan. Ingin mengundur diri, tapi aku bukan sekuat itu. Ingin mencari kepastian, bimbang SATU ikatan persahabatan akan terputus di tengah jalan.hahha...jiwang naik geli aku nih!!!

4.45 am(AHAD)

Monday, January 25, 2010

AKU 'undur diri'...

Antara aku dan dia...

Sukanya kepadaku sebagai seorang kawan,
Rindunya kepadaku sebagai seorang teman baik.

Dia mahu aku di sisinya tika sedih dan gembira,
Dia mahu aku menjadi insan yang sentiasa memahami.

Tawaku semalam adalah kerananya,
Tangisku hari ini juga kerananya.

Namun, hati wanitaku tidak mampu menipu. Jika dia tahu hati dan perasaan ini, adakah dia mampu menjadi 'teman' yang sentiasa menceriakan hidupku? Aku pasti jawabnya tidak mungkin.

Mimpiku semalam juga tentangnya,
Kecewaku hari esok juga mungkin kerananya.

Sebelum hati ini berdarah lagi, aku rela undur diri. Membiarkan ia berbicara sendiri. Itu yang lebih baik. Biarkan hati ini kosong...

Friday, January 15, 2010

PERSOALAN TENTANG DIRI...

SALAM... Agak lama rasanya tak update blog ni. Pernah juga disindir seorang kawan baik, "bila kau nak post something yang baru di blog, hari2 aku tengok nothing new pun". Hahaha. Maklumlah masa sebagai pelajar agak padat. Kebanyakan masa dihabiskan di fakulti dan perpustakaan. Tapi lega sebab hari ni cuti. Dapat juga singgah walaupun sekejap. Sebenarnya tak ada apa-apa yang ingin dikongsikan cuma ingin bercerita tentang diri sendiri.

Kata-kata seorang sahabat lelakiku masih bermain-main di fikiran. Benar atau tidak, diri sendiri tidak pasti. Sebenarnya ramai yang mengatakan diri ini sombong. Diri ini takut jika semua ini benar kerana satu sifat yang paling dibenci oleh Allah SWT adalah sombong. Sombong adalah menganggap dirinya besar dan memandang orang lain hina/rendah.

Allah melarang kita untuk sombong:

”Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” [Al Israa’:37]

Mungkin benar juga kata-kata sahabat itu tapi sejauhmanakah kesombongan diri ini? Bukan mahu menyombongkan diri tapi diri ini hanya kurang selesa untuk menyapa golongan berlainan jantina. Sukar mengutus senyum apabila bertemu di tengah jalan. Mungkin kurang peramah, bukan penyombong.

Adakah penyombong dan kurang peramah adalah perkara yang sama?

Kadang-kadang, diri ini hanya bersuara bila perlu sahaja dan kurang bersembang dengan rakan-rakan yang tidak rapat. Tapi apabila dalam kumpulan perbincangan, diri ini sedaya upaya mencuba juga untuk bersuara. Jadi, adakah diri ini disalahtafsirkan?
Hmm...:(

Sabda baginda Rasulullah, orang yang sombong meski hanya sedikit saja nescaya tidak akan masuk syurga:

Dari Ibn Mas’ud, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: “Tidak akan masuk syurga, seseorang yang di dalam hatinya ada sebiji atom dari sifat sombong”.

Seorang sahabat bertanya kepada Nabi SAW: “Sesungguhnya seseorang menyukai kalau pakaiannya itu indah atau sandalnya juga baik”.

Rasulullah Saw bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT adalah Maha Indah dan menyukai keindahan. Sifat sombong adalah mengabaikan kebenaran dan memandang rendah manusia yang lain” [HR Muslim].

Apa-apa pun, diri ini akan cuba sedaya upaya untuk menyesuaikan diri apabila berada dalam kumpulan yang besar. Diri ini akan cuba untuk senyum dan bergurau supaya orang di sekeliling tidak salah anggap dan selesa. Sesungguhnya, orang yang menyenangi orang lain akan disenangi oleh orang lain juga. Insya-Allah.

Friday, January 8, 2010

MEMBUATKU TERSENYUM DAN BERDOA

Beberapa minggu yang lalu, aku ada terbaca suatu artikel yang di'copy' 'paste' daripada seorang kawan baik. Terdetik hati untuk membacanya. Kemudian aku tersenyum sendiri sambil berdoa dan berharap agar aku akan menjadi seperti itu. Insya-Allah.


PETUA MEMILIH GADIS JELITA

Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana
Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan
membenci kerana Allah. (Hadis Riwayat Tabarani dari
Ibnu Abbas r.a)

Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang,
gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan
hati. Betulkah begitu?

Gadis ltu pada asasnya bererti wanita yang belum
bernikah. Walaupun begitu, perkataan 'gadis' juga
digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang
wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin
digelar ‘sudah tiada gadis' atau 'sudah tiada dara'.
Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum
bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua
itu adalah gelaran yang diberikan secara
berbisik-bisik.

Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi
seseorang wanita. Semasa inilah seseorang wanita ltu
akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya. Pada masa
inilah wanita ltu mula dipanggil 'bergetah' jika kita
hendak meminjam bidalan Soekarno. Bila dipandang,
banyak hati lelaki akan tergoda. Ada gadis yang 'boleh
tahan' dan ada gadis yang 'tak boleh tahan'. Gadis
yang 'boleh tahan' biasanya dianggap manis tapi
tidaklah jelita. Yang 'tak boleh tahan' pula adalah
gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang
tergoda kepada gadis 'tak boleh tahan' ini apatah lagi
jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan
mempermainkan perasaan lelaki.

Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya
tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis. Itulah
yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi
perhatian. Ada orang berpendapat bahawa gadis yang
cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya
dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut.

Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja
dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi
seorang muhrim. - Hadis Rasulullah riwayat Bukhari
dari Ibnu Abbas r.a.

Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan
kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna
menyelidiki perangai si gadis. Ini menyebabkan ramai
lelaki terperangkap, menyesal atau menderita,
terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh
berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis ltu
teruk perangainya atau sudah ternoda. Walaupun 'mata
yang belum berisi pengalaman' itu tertarik pada rupa
yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati
juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis
yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang
dipilih oleh teruna untuk dikahwini. Berikut adalah
petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita
menjadi lsteri anda:

Elakkan Dari Berkawan Dengannya
Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis,
kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai
oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya 'baik,
sopan dan elok' apatah lagi pada masa itu sang teruna
sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula
mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk
memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan
bahawa 'Yang bercahaya tidak semestinya emas' dan
'Yang cantik tidaklah semestinya permata'. Maka
elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda
dari terpesona dan terpedaya.

Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah
kehancuran yang tiada tara. (Bidalan ltali).

Lakukan Risikan Secara Rahsia
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan
rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si
gadis. Risikan rahsia lni adalah untuk mengetahui
bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada
bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari
jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka
menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam
beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.
Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si
gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka
pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika
dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar
kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik
pula.

Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama.
-Goethe

Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau
dipanggil 'merisik' ini tidak begitu disukai oleh si
gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih
baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke
mana suka, dan 'menyelidik' dengan bertanya pada gadis
itu atau hasil memperhatikan tingkahlakunya di depan
mata.

Cari Yang Duduk Bersama lbubapa
Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala
yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak
unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah,
bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah
sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar
hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif
yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan
perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya
memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan
ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan
dan kemuraman mungkin seumur hidup.

Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang
bijak tidak cantik. - Bidalan Cina

Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa
sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan
pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa
untuk mereka belajar menjadi 'wanita' dari ibu adalah
amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam
jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur
amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti.
Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan
kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus
rumahtangga.

Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
Selidikilah apakah dia gadis yang tahu menghormati
orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua,
bertandang ataupun duduk bersama ibubapa anda. Walau
betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu
dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi
serba-salah dalam menangani kehidupan anda.

Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud
sebentar saja. - Bidalan Jerman

Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan
Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan
gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran.
Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu
lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga.
Bagi gadis yang mudah 'lupa' masa inilah mereka akan
jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa
segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan
menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan
sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak
mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan
menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.

Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
Pada zaman dahulu, ada lbubapa yang sengaja tidak
menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti
jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan
lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden,
pemikiran cara ini dianggap sudah usang. Ramai pula
menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah
asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input
tatasusila dan adat apatah lagi agama.

Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya
tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan
Hindustan

Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor
sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup
gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis
satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya
adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari
identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika
terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya.
Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik
besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna
kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh
teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.

Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang
terlalu jelita. - Bidalan Servia

Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang
gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana
keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan
membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.
Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya
ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia
pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah
yang masuk ke dalam kategori gadis yang 'tak boleh
tahan'. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang
baik-baik pula!


Bertunang Jangan Lama
Blia anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama.
Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang
ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke
sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati
lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si
gadis. Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa
bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah
dihebahkan agar semua orang tahu.

Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan
akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. -
Bidalan tali


Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda
Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai
orang tapi la merupakan kebenaran yang sukar untuk
dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih
muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan
dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai
gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri
atau dirosakkan. Ibubapa seharusnya melepaskan anaknya
untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan
bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.

Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak
berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun.
Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini
gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila
jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya
akan ternoda? Cuma, lbubapa patutlah mempastikan
bahawa anak gadis mereka mendapat suamiyang baik serta
bertanggungjawab.

Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa
lebib ramai pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman


Elakkan Dari Terlalu Cemburu
Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik
jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang
mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu.
Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak
untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri
anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya
serta taat pada agama.

Layan Dia Dengan Baik
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak
memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda
berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta
bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya
atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada
wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka
dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh
jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan
lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai
pengarang jantung dan buah hatinya.

Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun
dalam cembul emas.- Bidalan Tamil

Bertanggungjawab
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan
lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan
kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang
baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan
ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta
menghormati pula ibubapa si gadis.

KELUARGAKU TERCINTA


Ini gambar keluargaku semasa bercuti di Cameron Highland pada penghujung tahun 2009 dan awal tahun 2010. Sungguh menyeronokkan walaupun tidak banyak aktiviti melawat ladang tumbuhan dan taman bunga di sana. Insya-Allah, suatu hari nanti bersama kawan-kawan, aku akan melawat ke Cameron Highland sekali lagi sebab aku suka ladang teh di situ.hahaha...