BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 15, 2010

PERSOALAN TENTANG DIRI...

SALAM... Agak lama rasanya tak update blog ni. Pernah juga disindir seorang kawan baik, "bila kau nak post something yang baru di blog, hari2 aku tengok nothing new pun". Hahaha. Maklumlah masa sebagai pelajar agak padat. Kebanyakan masa dihabiskan di fakulti dan perpustakaan. Tapi lega sebab hari ni cuti. Dapat juga singgah walaupun sekejap. Sebenarnya tak ada apa-apa yang ingin dikongsikan cuma ingin bercerita tentang diri sendiri.

Kata-kata seorang sahabat lelakiku masih bermain-main di fikiran. Benar atau tidak, diri sendiri tidak pasti. Sebenarnya ramai yang mengatakan diri ini sombong. Diri ini takut jika semua ini benar kerana satu sifat yang paling dibenci oleh Allah SWT adalah sombong. Sombong adalah menganggap dirinya besar dan memandang orang lain hina/rendah.

Allah melarang kita untuk sombong:

”Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” [Al Israa’:37]

Mungkin benar juga kata-kata sahabat itu tapi sejauhmanakah kesombongan diri ini? Bukan mahu menyombongkan diri tapi diri ini hanya kurang selesa untuk menyapa golongan berlainan jantina. Sukar mengutus senyum apabila bertemu di tengah jalan. Mungkin kurang peramah, bukan penyombong.

Adakah penyombong dan kurang peramah adalah perkara yang sama?

Kadang-kadang, diri ini hanya bersuara bila perlu sahaja dan kurang bersembang dengan rakan-rakan yang tidak rapat. Tapi apabila dalam kumpulan perbincangan, diri ini sedaya upaya mencuba juga untuk bersuara. Jadi, adakah diri ini disalahtafsirkan?
Hmm...:(

Sabda baginda Rasulullah, orang yang sombong meski hanya sedikit saja nescaya tidak akan masuk syurga:

Dari Ibn Mas’ud, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: “Tidak akan masuk syurga, seseorang yang di dalam hatinya ada sebiji atom dari sifat sombong”.

Seorang sahabat bertanya kepada Nabi SAW: “Sesungguhnya seseorang menyukai kalau pakaiannya itu indah atau sandalnya juga baik”.

Rasulullah Saw bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT adalah Maha Indah dan menyukai keindahan. Sifat sombong adalah mengabaikan kebenaran dan memandang rendah manusia yang lain” [HR Muslim].

Apa-apa pun, diri ini akan cuba sedaya upaya untuk menyesuaikan diri apabila berada dalam kumpulan yang besar. Diri ini akan cuba untuk senyum dan bergurau supaya orang di sekeliling tidak salah anggap dan selesa. Sesungguhnya, orang yang menyenangi orang lain akan disenangi oleh orang lain juga. Insya-Allah.

2 comments:

Anonymous said...

hai...sinisnye bunyi..he3,
shbatku,kita hnya mnusia biasa yang djdikan oleh Yang Esa..walaupun kita tlah sdaya upaya brusaha untuk mmuaskan hati smua orang tp tak smuanya akn brpuas hati..itulah lmrahnya manusia,mreka hnya thu mngkritik tp sbenarnya mreka tak mgerti kita..sabarlah,krana hnya orang yang sabar akan disukai Allah...smoga suatu hari nanti smua akan mgerti...

Hamba Kerdil said...

Terima kasih di atas nasihat itu. Kumenghargainya teman. Cuma kesabaran dan perubahan sikap sedikit sebanyak akan mengubah situasi ini. Insya-Allah. Ku akan berusaha sedaya upaya menyenangkan orang lain walaupun terpaksa pura-pura senang.hehehe...